Jom Saya Bantu Anda

Salam Perkenalan, Saya Syed Amirul Ashraf!

Kisah ini mungkin agak cliche, kisah biasa tentang diri saya. Asalnya dulu saya kerja offshore. Jawatan terakhir sebagai Senior Field Engineer. Sempatlah merasa gaji SGD dan merantau ke tempat orang.

Ikutkan saya tak ada niat pun buat Takaful, cuma Allah buka pintu hati saya tatkala diberhentikan pada Januari 2017. Jujur, tak pernah terlintas untuk saya bertahan sampai ke tahap ini. Perjalanan yang dipermudah olehNya.

Januari 2019, saya naik Unit Manager (UM) dan Januari 2022, saya naik Group Manager (GM). Mengimbau kembali, ini antara pencapaian saya di Great Eastern Takaful setakat ini.

2017 – Top 3 Rookie Agent
2018 – Top Introducer
2019 – Top 3 UM & Champion Rookie UM
2020 – Top 4 UM
2021 – Champion UM
2022 – Champion GM (Whole), Top 2 GM (Direct), Champion Rookie GM
2023 – Top 3 GM (Whole), Top 2 GM (Direct), MDRT
2024 – Top 3 GM (Whole), Top 3 GM (Direct)

Kejayaan terbesar saya bersama team Prestige Legacy Group hadir apabila kami dinobatkan sebagai Agensi ke-3 Terbaik di Malaysia pada tahun 2022.

Dan untuk tahun 2024, sekali lagi kami dinobatkan sebagai Agensi ke-3 Terbaik di Malaysia. Tiada kata mampu terungkap.

Syukur hanya padaNya. Ramai yang bersama saya dalam perjalanan ini. Sesungguhnya saya amat hargai jasa kalian.
Moga kita terus kuat dalam mewarnai industri takaful. Dan moga 1 hari nanti kita akan dinobatkan sebagai Agensi no 1 terbaik di Malaysia.

InsyaAllah ❤️

Bina sidehustle RM3K sebulan bersama kami

X